Friday, February 25, 2011

Sedikit Nasihat


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
- Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Layari http://www.islam.gov.my/
- Sumber dari ILuvIslam

VISI & MISI KERISMA

VISI Kerisma

M
enjadikan KERISMA sebagai Medium Perkembangan Intelektual remaja Islam di SAMURA.

MISI Kerisma

M
emberi erti sebenar keharmonian kesejahteraan, keamanan dan Keindahan  Islam .

M
enganjurkan aktiviti keIslaman kepada pelajar SAMURA dari aspek rohani.

Organisasi KERISMA

Penaung :
Tuan Haji Samian Bin Sawiyo

Guru Penasihat :
Ustazah Suhaila binti Mat Jusuh 
 Ustazah Siti Nor binti Mohd Tahir

Pengerusi :
Mohamad Ahmar bin Reme

Naib Pengerusi :
Fathiah Nabila binti Mohd Daud

Setiausaha :
Farah Nadia binti Salleh Haddin

Naib Setiausaha :
Muhammad Zuhaily bin Ishak

Bendahari  :
Nur Rasyidah binti Abdul Rahim

Naib Bendahari :
Khairul Azri bin Abdul Aziz

Ahli  Jawatankuasa KERISMA :
Amir Lujnah Grafik  & Perhubungan Luar :
Amir Ashraf bin Mohd Noor

Amirah Lujnah Grafik  & Perhubungan Luar :
Sharifah Zahra binti Syed Abdul Rahman

Amir Lujnah Ekonomi dan Kebajikan :
Muhammad Shafiee bin Sungali

Amirah Lujnah Ekonomi dan Kebajikan :
Fitrasari binti Mohd Asanan

Kemanisan Iman


Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan diamencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sahabat-sahabatku, marilah sentiasa tanamkan dalam hati kita 3 sifat ini (yang tersebut dalam hadith di atas) agar 'kemanisan iman' itu benar-benar dirasai.
Mengapa perlunya kemanisan iman? Kerana dengan kemanisan iman, kita tidak pernah mengeluh dengan keletihan dan kepenatan dalam berdakwah. Dengan kemanisan iman, kita sentiasa redha dan tawakkal dengan semua ujian yang Allah berikan kepada kita. Dengan kemanisan iman, kita sentiasa bersiap siaga untuk Islam.
Kadang kala, kita terasa penat dan lemah dalam berdakwah. Kadang kala kita merasakan yang kita telah banyak menyumbang untuk Islam tetapi apa yang kita dapat hanyalah keletihan, kesedihan dan sebagainya. Kadang kala mad'u kita kelihatan seperti tidak menghargai apa yang kita kongsikan. Kadang kala sahabat-sahabat lain pun kurang acknowledge kerja kita.
Tetapi ingatlah, kerja dakwah ini bukan kerja dengan manusia tetapi kerja dengan Allah. Dengan kemanisan iman, hanya kepada Allah kita meletakkan sepenuh pengharapan. Dengan kemanisan iman, kita akan sentiasa yakin dan percaya dengan 'the hidden blessings' yang Allah janjikan.
"Maka tidak seorang pun mengetahui apa yg disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yg mereka kerjakan" [32:17]
Marilah sama-sama kita bermujahadah menuju kepada kemanisan iman dalam beramal. Mudah-mudahan hati kita sentiasa tenang dan redha dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

MISI & VISI BADAR

VISI BADAR

M
elahirkan warga SAMURA yang berakedemik, bertakwa dan tawadhuk dalam Ibadah.


MISI BADAR

Membentuk insan cemerlang yang berjati diri.
Menjana peribadi dan sahsiah terpuji.
Melahirkan individu yang berpegang teguh pada asas akidah Islam.
Mencapai konsep persaudaraan Islam yang utuh.
Menjadikan tokoh2 Islam sebagai aspirasi tauladan dan panduan hidup.

ORGANISASI NUQABA'

Penaung
Tn. Hj. Samian bin Sawiyo

Penasihat
·        Ustaz Ishak bin Suboh
·        Ustaz Mujibbudin bin Arshad
·        Ustazah Siti Suhailah binti Md. Jusoh
·        Ustazah Siti Nor binti Mohd. Tahir


Ketua Naqib
Abdullah Izzuddin bin Abd. Hamid

Ketua Naqibah
Nurul Ashikin binti Ahmat Miskam

Penolong Ketua Naqib
Muhamad Faiz bin Mohamed Fauzi

Penolong Ketua Naqibah
Arabiah Ain binti Ali

Setiausaha
Mohd. Syafiq Asyraf bin Sulaiman

Naib Setiausaha
Nur Khalis binti Sukiman

Bendahari
Ahmad Luqman bin Halit

Naib Bendahari
Nur Alina binti Mohamed Norin

Amir Lujnah Usrah
Adib Azhari bin Mohid

Amirah Lujnah Usrah
Nurul Mahfuzah binti Ahmad Yani

Amir Lujnah Surau
Muhammad Harith bin Mazlun

Amirah Lujnah Surau
Fatin Nurhanani binti Fazail


BADAR SAMURA